Isnin, 23 Ogos 2010

TUJUAN

Ada beberapa tujuan diantaranya ialah

1. Mengadakan sebuah pertubuhan yang lengkap bagi semua pekerja-pekerja seperti yang ditentukan dibawah Peraturan 3.1 dan hendak memajukan kepentingan ahli-ahlinya dlam hal ehwal perusahan,sosial dan pengetahuan.

2. Memperoleh dan mengekalkan bagi ahli-ahlinya skim perkhidmatan serta emolumen yang adil dan saksama,Keselamatan pekerjaan seta masa dan syarat-syarat perkhidmatan yang berpatutan,dan jug memberi nasihat dan bantuan tentang hal ehwal yang berkenaan.

3. Mengaturkan perhubungan perusahan diantara pihak majikan dengan lain-lain pekerja serta berikhtiar untuk menyelesaikan searang perselisihan diantara mereka itu dengan cara persahabatan dan bermaufakat.

4. Menolong menjayakn dengn wang atau lain-lain kerja atau hasrat sesutu pertubuhan tau badan yang halal yang mempunyai tujuan hendak memajukan kepentingan pekerja-pekerja,kestuan sekerja dan ahli-ahli kesatuan sekerja,menurut peruntukan-peruntukan Seksyen 50 Ordinan Kestuan Sekerja,1959.


PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN

1. pembayaran bantuan persaraan dan kematian

2. Pemberian bantuan pelajaran

3. Pemberian Dermasiswa

4. Pembayaran bantuan perubatan kepada ahli-ahli

5. Pembayaran bantuan ikhsan

6. Pelaburan syarikat-syarikat perdagangan dan perusahaan.

TUJUAN

Ahad, 22 Ogos 2010

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KESATRIA

KESATRIA cawangan Pulau Pinang adalah salah satu daripada beberapa cawangan seluruh Malaysia. Ibu pejabat KESATRIA ia itu beralamat no: 47A,Tingkat 1,Jalan Sg.3/19,taman Sri Gmbak,68100 Batu Caves,Selangor.Tel: 03-61864969/61865135.No Fax;03-6164763.
Nama-nama pegawai kanan KESATRIA adalah terdiri PRESIDEN en. Ahmad Shah Bin Mohd Zain,PJK. TIMBALAN PRESIDEN En Azizi Bin Shamsudin. SETIAUSHA AGUNG
En Haji Moktar Bin Said PJK.SETIAUSAHA KEWANGAN Puan Hajjah Salbiah Bt Rasul dan TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG Puan Rusidah bt Bakar dan pejabat terdapat beberapa Staf yang mengendalikan urusan harian pejabat.

Sabtu, 8 Mei 2010

PENGENALAN DIRI

Aku di lahirkan di negeri Kedah Darul Aman, dan kini bertugas di negeri Pulau Pinang sudah hampir 30 tahun yang lalu selama itulah aku mencari rezeki di negeri Pulau Pinang yang di kenali sebagai Pulau Mutiara memang benar pepatah orang tua-tua dahulu seperti jodoh,rezeki dan maut entah dimana dan ketika aku zaman remaja dahulu tidak terfikir langsung yang rezeki aku ada di Pulau Mutiara ini.Di Pulau ini memang banyak membawa seribu kenangan kepada sesiapa yang bertapa atau pun sebaliknya dengan melalui pelbagai alkisah dengan cara tersendiri dan berkemungkinan akan senyum dalam bersendirian bila teringat kisah suka duga diPulau Mutiara ini.
Kini aku telah di amanahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengerakan Kesatuan Sekerja ataupun dipanggil sebagai tulang belakang sesebuah kesatuan sama ada punah,malap atau aktif dan tugas yang aku pikul dengan jumlah menghampiri keahlian 360 tapi faham-fahamlah kita manusia yang Allah jadikan Sebagai Insan yang mulia di bumi ini yang mempunyai pelbagai karenah dan perlulah kita menghadapi dengan penuh kesabaran. InsyAllah dengan niat kita yang Ikhlas dengan rasa penuh tanggungjawab dan setiap daya usaha pasti akan membuahkan hasil yang memuaskan semua pihak samaada secara langsung atau sebaliknya, itulah jawatan aku sebagai Setiausaha bagi KESATUAN PEKERJA-PEKERJA AWAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KESATRIA) tapi aku kenalah bergerak bersama-sama dengan kawan-kawan aku yang berlainan tugas dan jawatan tanpa mereka kapal yang kita bawa sudah pasti akan karam dalam laut.
Di antara kawan-kawan saya seperti En Mohd Jamal Bin Yajid selaku Pengerusi dan timbalannya En Hj.Abdul Rahman Bin Hj Salleh, manakala penolong aku En Wan Akhir Bin Aboo Bakar dan yang pegang bab duit En Ahmad Bin Halim.Ahli-ahlijawatan kuasa pula terdiri Mohd Sharif, jalil, Azman, Ganeson, Selvian, sham, che puteh, zaimah, md.rozi, ab rashid, ibrahim.
Ahli-ahli terdiri pelbagai bangsa dan agama yang masih bertugas dibawah Kementerian Pertahan yang terdapat disekitar Pulau Pinang iaitu Markas 2 Div, Markas Stesen Staf Pulau Pinang, 2 RAMD, Rej 509 (AW), SITU Tanjuh Bungah, KD Sri Pinang, TUDM Butterworth, Depoh Senggara TLDM Butterworth, PLKN (Sri Impian Sg Bakap, kem Syruz Bkt Mertajam, White Resort Balik Pulau)
Dan sambungan akan datang........

Kini ahli telah mula bertambah dari masa ke semasa dengan adanya kerjasama dari semua pihak terutamanya AJK unit masing-masing dan lebih-lebih lagi diucapkan kepada pihak ibu pejabat KESATRIA yang main peranan penting dalam kempen tambah keahlian melalui Kursus Induksi ketika adanya pengambilan staf baru oleh pihak kemenenterian pertahanan.Dan syabas kepada semua pihak yang terlibat sama ada cara langsung atau tidak langsung.Dan kempen ini diharapkan berterusan sehingga kepada yang belum menjadi ahli lagi diunit masing-masing.