Sabtu, 8 Mei 2010

PENGENALAN DIRI

Aku di lahirkan di negeri Kedah Darul Aman, dan kini bertugas di negeri Pulau Pinang sudah hampir 30 tahun yang lalu selama itulah aku mencari rezeki di negeri Pulau Pinang yang di kenali sebagai Pulau Mutiara memang benar pepatah orang tua-tua dahulu seperti jodoh,rezeki dan maut entah dimana dan ketika aku zaman remaja dahulu tidak terfikir langsung yang rezeki aku ada di Pulau Mutiara ini.Di Pulau ini memang banyak membawa seribu kenangan kepada sesiapa yang bertapa atau pun sebaliknya dengan melalui pelbagai alkisah dengan cara tersendiri dan berkemungkinan akan senyum dalam bersendirian bila teringat kisah suka duga diPulau Mutiara ini.
Kini aku telah di amanahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengerakan Kesatuan Sekerja ataupun dipanggil sebagai tulang belakang sesebuah kesatuan sama ada punah,malap atau aktif dan tugas yang aku pikul dengan jumlah menghampiri keahlian 360 tapi faham-fahamlah kita manusia yang Allah jadikan Sebagai Insan yang mulia di bumi ini yang mempunyai pelbagai karenah dan perlulah kita menghadapi dengan penuh kesabaran. InsyAllah dengan niat kita yang Ikhlas dengan rasa penuh tanggungjawab dan setiap daya usaha pasti akan membuahkan hasil yang memuaskan semua pihak samaada secara langsung atau sebaliknya, itulah jawatan aku sebagai Setiausaha bagi KESATUAN PEKERJA-PEKERJA AWAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (KESATRIA) tapi aku kenalah bergerak bersama-sama dengan kawan-kawan aku yang berlainan tugas dan jawatan tanpa mereka kapal yang kita bawa sudah pasti akan karam dalam laut.
Di antara kawan-kawan saya seperti En Mohd Jamal Bin Yajid selaku Pengerusi dan timbalannya En Hj.Abdul Rahman Bin Hj Salleh, manakala penolong aku En Wan Akhir Bin Aboo Bakar dan yang pegang bab duit En Ahmad Bin Halim.Ahli-ahlijawatan kuasa pula terdiri Mohd Sharif, jalil, Azman, Ganeson, Selvian, sham, che puteh, zaimah, md.rozi, ab rashid, ibrahim.
Ahli-ahli terdiri pelbagai bangsa dan agama yang masih bertugas dibawah Kementerian Pertahan yang terdapat disekitar Pulau Pinang iaitu Markas 2 Div, Markas Stesen Staf Pulau Pinang, 2 RAMD, Rej 509 (AW), SITU Tanjuh Bungah, KD Sri Pinang, TUDM Butterworth, Depoh Senggara TLDM Butterworth, PLKN (Sri Impian Sg Bakap, kem Syruz Bkt Mertajam, White Resort Balik Pulau)
Dan sambungan akan datang........

Kini ahli telah mula bertambah dari masa ke semasa dengan adanya kerjasama dari semua pihak terutamanya AJK unit masing-masing dan lebih-lebih lagi diucapkan kepada pihak ibu pejabat KESATRIA yang main peranan penting dalam kempen tambah keahlian melalui Kursus Induksi ketika adanya pengambilan staf baru oleh pihak kemenenterian pertahanan.Dan syabas kepada semua pihak yang terlibat sama ada cara langsung atau tidak langsung.Dan kempen ini diharapkan berterusan sehingga kepada yang belum menjadi ahli lagi diunit masing-masing.